Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

Ada Apa Dengan Baby~♥

Hari ni dah takde sangat cerita, so wani ingat nak cerita pasal my bucuk la, Baby si kucing perasan..


Once upon a time........




"Ish aku nak tido pon tak senang.. mase ni la ade aje nak yg ngamek gambo.."







"Lor.. kejap ler.. aku nak tuka posisi ni.. u know.. my left side are more beautiful than my right.." *urgh...






"Okay.. 1.. 2.. ha amek la cepat.. ni dah cute dah.." *duhhhh(kate si camerawomen)








Psst.. jom kite skodeng Baby tido kat bilik sebelah plak.. Kita terjah...!

Tak senonoh.. ish2.. tak sopan sungguh beliau.. padan muke.. haha..








"Eh.. ape ni? ape ni? kuang asam.. berani amek gambo aku tengah sadap tido.. maaf ye sume.. act i tido elok je b4 this.. cume hari ni.. pastu ade plak org sabotaj.. huh..! " (sambil melihat ke kanan ke arah camerawomen)







"Lor.. kat sini pun ade jugak si skodeng ni? aku nak privasi okay? huh...!"




"Act i tengah layan peminat2 i ni.. opss.. i mean.. kawan2 i.. mesra sket bunyik nye.. hehe.."

"Okay ni i nak kenalkan peminat i.. Neo, Pat & Kuma.."

"Tolong urut belakang i jap bole tak?" eh? banyak lak cengkadak Baby ni..




"Eh.. u all tanak ye?"


"Tanak takpe.. huwarghhh.. Ngantok plak.. tido dulu la.."

Tu je la keje kau Baby.. tido celik tido celik.. pastu ngiaw nak mam.. ai.. sabo je la.. naseb baek kau ni kucing.. lau tak dah lame aku sigi.. =)

Tuesday, March 8, 2011

Kaedah Mencegah Kanser ~

Di negara kite ni, kanser pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Tapi untuk pengetahuan semua, kanser sebenarnye boleh dicegah! Mengikut ape yang Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser, ade 14 step.. Jum kite same2 take note.. =)
  • Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.
  • Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  • Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.
  • Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
  • Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.
  • Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkat risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.
  • Hentikan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.
  • Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.
  • Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.
  • Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
  • Jangan merokok atau mengunyah tembakau. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.
  • Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.
  • Last sekali, amalkan selalu membaca al-Quran, ayat2 suci serta zikir sebab sejarah dan zaman moden ni pon dah ade membuktikan ayat2 dari al-Quran dapat mengelakkan kite dari kanser atau jika kite sudah menghidap kanser, ayat2 al-Quran dapat melenyapkan sel-sel kanser tu.. InsyaAllah..... =)

AiyOoOo~ Selamat Hari Wanita Sedunia !!


Wah.. Tetibe ade orang wish kat kite selamat hari wanita.. Tetibe rase terharu.. Hehe.. Dah wanita rupenye kite ni.. Lepas ni kene matang2 la sikit.. Sebab lepas ni nak sambut hari ibu pulak kan.. Kekeke~




Saturday, March 5, 2011

My Recent Fav Korean Song

Sweet Holiday - CN Blue

Credit MV to leanne2me/sasa1314sisi (youtube.com)


A-ing~ - Orange Caramel




Lies - T-ara

Friday, March 4, 2011

My Babies~♥

Okay ! Disebabkan dah terlalu ketandusan idea sangat nak tulis ape kat blog ni, Wani rase nak cerita pasal baby2 Wani la.. Baby yang dimaksudkan ialah kucing2 dan teddy2 yang Wani ade sekarang ni.. Sebab tu aje yang ade berdekatan dengan Wani sekarang..

Ntah pape2 kan? Pasal teddy and kucing pon nak cerita.. Macam lah orang lain takde.. Haha..

Saje je nak kongsi cerita and memulakan step untuk blog ni..


Baby

Ni Baby.. Baru lepas spaying.. Kesian kan? Terhapus 1 zuriat kucing di muka bumi ni.. Tapi nak buat macam mana.. My mum sekarang tak berapa sihat.. Doktor kate tak bole habuk2.. Baby ni plak suke bebenor jilat2 bulu dia lepas tu merata2 bulu..

So terpakse spaying.. Nape tak buang aje? Takkan nak buang, dah bela, dah tersayang.. Even my mum pon sayang kucing ni.. Bile adik2, Abah and me takde kat rumah, Baby la peneman Mama kat rumah..


Dari kiri: Pat, Neo, Kuma2
Yang tengah menung: Baby

Pat: Beli dengan Wani (Budak fizik mase Dip).. Still buncet.. =)
Neo: Hadiah~
Kuma2: My boyfie tikam kat I-City.. Haha.. Die memang ong la.. Setakat ni dah 4 teddy die berjaye tikam kat I-City tu.. Dasat2..


Dari kiri: Bird2 I dan Itam

Bird2 I & II: Ade 2 Bird2 ni.. 1 Wani letak dalam kereta.. 1 lagi buat pelok malam2.. Yang ni la si dia menikam kat I-City tu.. Haha.. Jin ape ntah die pakai.. Asal main je dapat..

Itam: Die ni kucing paling degil Ya nauzubillah.. Balik jarang2 sekali.. Dah balik memekak2.. Bunyi macam siren bomba.. Keke.. Tapi ni paling lama and paling disayangi Abah.. Dengar cakap Abah aje.. Abah panggil sekali terus datang..

Okay tu la dulu setakat ni.. Just nak isi blog aje.. Sambil2 belajar siket2.. Poning main blog ni.. Tapi fun, fleksibel, boleh decorate2 page, tak macam facebook and twitter.. Keke~

Okay, nanti lau dah ade idea baru, kite share2 lagi ye.. See ya ! Kamsahamnida ! Annyeong~

Assalamualaikum w.b.t~


Tatau nak cakap ape sebenarnye.. huahua.. cape2 yang nak berkenalan, salam perkenalan~