Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 5, 2011

WisHLisT ❀¸¸.•❤•.¸¸❀

I would like to share my dreams with everybody. Why? Not boasting. But some people said, if we share our dream with others, people will pray for us, hoping that our dream might comes true. =)
InsyaAllah.. Mungkin impian wani agak melampau. Tapi dengan berkat usaha dan ketabahan yang ada ni, mana tau, rezeki Allah nak bagi. Hehehe.. Okay.. Cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena (ayat Nabil Maharajalawak =P ) Jom kongsi2 cerita, maybe ada orang yang sama impian dengan saya. Hehe~

1. Trip / Honeymoon To Korea

../(,")\♥ ♥(".)
.../\. = ./█\.
.._| |_ .._| |_



Once in my life, nak sangat pergi Korea. Apa yang menarik sangat Korea ni? Idol? Handsome oppa? SuJu? T-Ara? CN Blue? 2PM? Nehi2~ Tetibe hindustan plak. Actually tu la faktor utamanya =) Keke~ By the way, jom kita tengok dulu sebab2 lain. Ni last sekali cerita. Hehe..

Sebab pertama, saya macam kagum dengan Korea ni, maybe pengaruh KBS World yang selalu tunjuk tempat2 yang sweet and indah sangat. Pastu selalu tengok 2 Days 1 Night. Sangat menarik dengan 4 musimnya. Banyak2 saya paling suke waktu autumn, ni bukan pengaruh dari Autumn In My Heart (tangan ke dada, mata ke atas) (^_^)
Summer
Winter
SpringAutumn
Cantik kan scenery kat sana? Of course la sebelum pergi kena beli siap2 DSLR dulu.. Tak pun pinjam dengan siapa2. Hehe.. Yang penting dapat shoot kat sana bagai nak rak..


Pastu culture diorang pun sebenarnya lebih macam kita kat Malaysia ni. Sopan, colorful dan cantik. Firstly, bila dah sampai Korea nanti, saya nak mencoba H
anbok. Hanbok ni kalau kat Malaysia macam baju kurung la.
Kalau bole nak bawak balik 2-3 pasang. Hehe.. Nanti kalau pakai, saya tak kesah nak jalan2 pakai hanbok tu keliling Korea, bukan diorang kenal saya pun. Huhu.. Then, tempat2 bersejarah diorang pun agak menarik jugak. Tempat2 yang famous dengan culture ni contohnya perkampungan culture di Gyeongju, Gongju, Buyeo & Iksan. Tu baru pasal culture..

Pasal modern dia pulak, Korea punya scene waktu malam cantik kan? Macam kat KL jugak la scene dia.. Hehe.. Ni night view di Seoul. Ade Seoul Tower, 63 Building.. Ni bukan pengaruh My Girl (tangan ke dada, mata ke?? jawab sendiri)
.

Dah sampai sana, confirm la kena pergi Seoul Tower yang famous dengan Tower Locks of Love nya..
Lepas tu mesti nak kena try makanannya.. Kimchi? Of course. Dah pernah rasa hari tu, tapi macam lain je, kalau bole nak yang ori dari sana. Huhu~

Lastly, aduyai, orang yang dok kat Korea nak jumpa idol diorang pun susah, tetiba kita dari Malaysia ni leh lak terserempak, bestnyaa~ Taknak yang grand2, dapat jumpa Seul Ong Ong and Taecyeon pun jadi la. Huhu..




Yupe, currently saya tengah belajar bahasa Korea, belajar dari internet and lirik lagu (tapi banmal punya la,informal language.. huhu) dan Hangul iaitu tulisan Korea. Penuh A4 dok tulis saranghae. Tapi tak jugak ingat. Adeh.

Okay enough about Korea.. Next..!

2. Round Shaped House
__̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__

Ridiculous ? Actually, tak mustahil kan? Kat Malaysia kan ramai arkitek2 yang inovatif and kreatif. Kal
au ada yang sanggup binakan untuk saya, bestnya.. Ish2, duniawi aje semua ni.. Tapi tak salah kita bermimpi and then berusaha.. Juga perlu tawakkal, kalau Allah nak bagi and dia tau kita mampu miliki, pasti boleh.. Hehe~ Ni contoh rumah berbentuk bulat tu..


Ha sape bole buatkan? Hehe..
Tapi kalau yang macam ni pun okay gak kan? Huhu~


3. House of Cats...!
(> " " <) (> " " <) (> " " <)
( ='o'= ) ( ='o'= ) ( ='o'= )
-(,,)-(,,)- -(,,)-(,,)--(,,)-(,,)-

Ha.... Pernah dengar tak Cat-friendly House? Ha.. rumah yang bulat tadi tu akan dijadikan cat-friendly house la jugak.. Hehe.. Malangnya siapa yang kena berkongsi rumah tu sekali dengan saya and kucing tu ek? Hehe.. Naseb baek si dia pun suka kucing..*.:。✿*゚゚・✿.。.:*✿.。.:* *.:。.✿

At least mesti ada 20 ekor kucing dalam rumah saya.. Wah macam cat-heaven.. Suke2~






Setakat tu aje la kot.. Kita capai target yang tu dulu baru.. Nanti baru kita tambah wishlist lagi okay? Hehe.. InsyaAllah~ (。。)


Thursday, March 31, 2011

Ada Apa Dengan Baby~♥

Hari ni dah takde sangat cerita, so wani ingat nak cerita pasal my bucuk la, Baby si kucing perasan..


Once upon a time........




"Ish aku nak tido pon tak senang.. mase ni la ade aje nak yg ngamek gambo.."







"Lor.. kejap ler.. aku nak tuka posisi ni.. u know.. my left side are more beautiful than my right.." *urgh...






"Okay.. 1.. 2.. ha amek la cepat.. ni dah cute dah.." *duhhhh(kate si camerawomen)








Psst.. jom kite skodeng Baby tido kat bilik sebelah plak.. Kita terjah...!

Tak senonoh.. ish2.. tak sopan sungguh beliau.. padan muke.. haha..








"Eh.. ape ni? ape ni? kuang asam.. berani amek gambo aku tengah sadap tido.. maaf ye sume.. act i tido elok je b4 this.. cume hari ni.. pastu ade plak org sabotaj.. huh..! " (sambil melihat ke kanan ke arah camerawomen)







"Lor.. kat sini pun ade jugak si skodeng ni? aku nak privasi okay? huh...!"




"Act i tengah layan peminat2 i ni.. opss.. i mean.. kawan2 i.. mesra sket bunyik nye.. hehe.."

"Okay ni i nak kenalkan peminat i.. Neo, Pat & Kuma.."

"Tolong urut belakang i jap bole tak?" eh? banyak lak cengkadak Baby ni..




"Eh.. u all tanak ye?"


"Tanak takpe.. huwarghhh.. Ngantok plak.. tido dulu la.."

Tu je la keje kau Baby.. tido celik tido celik.. pastu ngiaw nak mam.. ai.. sabo je la.. naseb baek kau ni kucing.. lau tak dah lame aku sigi.. =)

Tuesday, March 8, 2011

Kaedah Mencegah Kanser ~

Di negara kite ni, kanser pembunuh kedua selepas kemalangan jalan raya. Tapi untuk pengetahuan semua, kanser sebenarnye boleh dicegah! Mengikut ape yang Institut Penyelidikan Kanser Amerika Syarikat dan Dana Penyelidikan Dunia untuk Kanser dalam usaha mencegah bahaya kanser, ade 14 step.. Jum kite same2 take note.. =)
  • Pilih diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta kurangkan pengambilan makanan ruji berkanji yang diproses. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dianggap diet paling baik untuk mencegah kanser. Para pakar membuktikan kandungan vitamin, galian, serat, fitokimia dan sebatian lain dalam sayur-sayuran dan buah-buahan mampu melindungi daripada serangan kanser. Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan juga rendah kalori dan ini membawa mencegah kegemukan yang merupakan salah satu punca kanser.
  • Dapatkan berat badan ideal. Elakkan daripada mengalami kekurangan berat badan atau berlebihan berat badan. Ini kerana kegemukan boleh meningkatkan risiko endometrium (membran mukus yang mengalas rahim). Ia juga boleh meningkatkan risiko kanser payudara dan kanser buah pinggang. Selain itu, elakkan juga kenaikan berat badan mendadak selepas usia 18 tahun kerana ia berisiko besar.
  • Jangan duduk sahaja di tempat kerja. Lakukan ‘latihan ‘ berjalan selama sejam atau senaman seumpamanya setiap hari. Lakukan senaman sekurang-kurangnya sejam. Para pakar menyatakan, aktiviti fizikal yang kerap membantu mencegah kanser kolon, kanser payudara dan kanser paru-paru. Aktiviti fizikal juga membantu mengawal berat badan dan mencegah kanser yang dikaitkan dengan kegemukan.
  • Dalam sehari, ambil lima atau lebih hidangan yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan makanan begini dapat melindungi daripada banyak jenis kanser seperti paru-paru, kolon, perut, mulut, farinks, esofagus, payudara, hempedu, larinks dan pankreas.
  • Kurangkan pengambilan makanan dan gula yang diproses. Makan lebih daripada tujuh hidangan yang terdiri daripada pelbagai bijirin, kekacang, tumbuhan berakar dan berubi. Pakar pemakanan menyatakan, bahagian terbesar diet sepatutnya datang daripada makanan ini. Jika diproses secara minimum, makanan seperti bijirin dan nasi, menawarkan lebih banyak serat dan zat makanan penting. Makanan berubi seperti kentang dan keledek, makanan berakar seperti lobak, pula dikaitkan sebagai pelindung kanser. Kekacang pula merupakan makanan kaya protein dan sumber tambahan dalam diet mencegah kanser.
  • Hentikan pengambilan alkohol bagi orang Islam, alkohol memang dilarang sama sekali. Ketahuilah, alkohol boleh meningkat risiko kanser mulut, farinks, larinks, esofagus, hati, kolon, rektum dan payudara.
  • Hentikan pengambilan daging merah kepada kurang daripada tiga auns sehari. Seelok-eloknya pilih ikan, ayam atau daging yang bukan daripada haiwan ternakan untuk menggantikan daging merah. Pengambilan daging merah (daging lembu, kambing, biri-biri dan seumpamanya) meningkatkan risiko kanser kolon, rektum, payudara, prostat dan buah pinggang. Malah kandungan lemak yang tinggi dalam daging merah juga boleh menyebabkan banyak kanser lain.
  • Gunakan minyak sayur-sayuran yang sesuai secara sederhana. Hadkan pengambilan makanan berlemak terutamanya dari sumber haiwan. Diet yang tinggi lemak mendedahkan kepada risiko kanser paru-paru, kolon, payudara dan prostat. Jika ingin menambah lemak dalam makanan, gantikan dengan minyak sayur-sayuran.
  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan garam dalam hidangan. Gunakan herba dan rempah sebagai bahan perasa. Kandungan garam yang tinggi boleh menyebabkan kanser perut. Di Amerika Syarikat umpamanya, garam dalam diet datang daripada makanan proses seperti sup kering dan sup dalam tin, makanan dingin beku dan makanan berawet yang menjadi sumber makanan utama di banyak tempat.
  • Jangan makan makanan yang tercemar dengan kulat. Makanan yang tercemar dengan aflatokesin dan mikroorganisma kulat mengundang bahaya kanser hati. Ini mungkin kerana makanan itu disimpan terlalu lama dalam keadaan panas atau lembap atau kerana melebihi tempoh. Simpan makanan yang cepat rosak dalam peti sejuk. Ada kajian membuktikan penyejukan dapat mengurangkan keperluan garam sebagai pengawet dan sekaligus mengurangkan risiko kanser perut.
  • Kurangkan makanan yang disalai. Memadai ambil sekali-sekala makanan(daging atau ikan) yang disalai atas api serta daging yang diawetkan dan diasapkan. Makanan salai terutama daging dan ikan boleh mengakibatkan pengeluaran sebatian heterocyclic aromatic yang boleh menyebabkan kanser. Makanan yang diawetdengan nitrit pula mempunyai nitrosamina yang juga berpotensi menyebabkan kanser. Sebatian lain yang berbahaya akibat pembakaran kayu ditemui dalam makanan yang diasapkan. Bagaimanapun kaedah memasak dengan suhu rendah seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar dan memanggang dianggap baik untuk kesihatan.
  • Jangan merokok atau mengunyah tembakau. Tembakau adalah penyebab utama kanser paru-paru dan berkemungkinan menyebabkan kanser mulut, kerongkong dan sistem penghadaman.
  • Tidak perlu diet supplemen bagi yang patuh kepada saranan di atas, anda mungkin tidak perlu lagi makanan tambahan yang kaya beta-karotena, vitamin C dan salenium yang boleh mencegah kanser. Para penyelidik sendiri tidak menyarankan pengambilan supplemen sebagai usaha mencegah kanser kerana supplemen yang menggabungkan pelbagai kombinasi dan dos belum dijamin berkesan. Sebaliknya makanan yang kaya khasiat dan sebatian terutama sekali buah-buahan dan sayur-sayuran lebih digalakkan.
  • Last sekali, amalkan selalu membaca al-Quran, ayat2 suci serta zikir sebab sejarah dan zaman moden ni pon dah ade membuktikan ayat2 dari al-Quran dapat mengelakkan kite dari kanser atau jika kite sudah menghidap kanser, ayat2 al-Quran dapat melenyapkan sel-sel kanser tu.. InsyaAllah..... =)

AiyOoOo~ Selamat Hari Wanita Sedunia !!


Wah.. Tetibe ade orang wish kat kite selamat hari wanita.. Tetibe rase terharu.. Hehe.. Dah wanita rupenye kite ni.. Lepas ni kene matang2 la sikit.. Sebab lepas ni nak sambut hari ibu pulak kan.. Kekeke~




Saturday, March 5, 2011

My Recent Fav Korean Song

Sweet Holiday - CN Blue

Credit MV to leanne2me/sasa1314sisi (youtube.com)


A-ing~ - Orange Caramel




Lies - T-ara

Friday, March 4, 2011

My Babies~♥

Okay ! Disebabkan dah terlalu ketandusan idea sangat nak tulis ape kat blog ni, Wani rase nak cerita pasal baby2 Wani la.. Baby yang dimaksudkan ialah kucing2 dan teddy2 yang Wani ade sekarang ni.. Sebab tu aje yang ade berdekatan dengan Wani sekarang..

Ntah pape2 kan? Pasal teddy and kucing pon nak cerita.. Macam lah orang lain takde.. Haha..

Saje je nak kongsi cerita and memulakan step untuk blog ni..


Baby

Ni Baby.. Baru lepas spaying.. Kesian kan? Terhapus 1 zuriat kucing di muka bumi ni.. Tapi nak buat macam mana.. My mum sekarang tak berapa sihat.. Doktor kate tak bole habuk2.. Baby ni plak suke bebenor jilat2 bulu dia lepas tu merata2 bulu..

So terpakse spaying.. Nape tak buang aje? Takkan nak buang, dah bela, dah tersayang.. Even my mum pon sayang kucing ni.. Bile adik2, Abah and me takde kat rumah, Baby la peneman Mama kat rumah..


Dari kiri: Pat, Neo, Kuma2
Yang tengah menung: Baby

Pat: Beli dengan Wani (Budak fizik mase Dip).. Still buncet.. =)
Neo: Hadiah~
Kuma2: My boyfie tikam kat I-City.. Haha.. Die memang ong la.. Setakat ni dah 4 teddy die berjaye tikam kat I-City tu.. Dasat2..


Dari kiri: Bird2 I dan Itam

Bird2 I & II: Ade 2 Bird2 ni.. 1 Wani letak dalam kereta.. 1 lagi buat pelok malam2.. Yang ni la si dia menikam kat I-City tu.. Haha.. Jin ape ntah die pakai.. Asal main je dapat..

Itam: Die ni kucing paling degil Ya nauzubillah.. Balik jarang2 sekali.. Dah balik memekak2.. Bunyi macam siren bomba.. Keke.. Tapi ni paling lama and paling disayangi Abah.. Dengar cakap Abah aje.. Abah panggil sekali terus datang..

Okay tu la dulu setakat ni.. Just nak isi blog aje.. Sambil2 belajar siket2.. Poning main blog ni.. Tapi fun, fleksibel, boleh decorate2 page, tak macam facebook and twitter.. Keke~

Okay, nanti lau dah ade idea baru, kite share2 lagi ye.. See ya ! Kamsahamnida ! Annyeong~

Assalamualaikum w.b.t~


Tatau nak cakap ape sebenarnye.. huahua.. cape2 yang nak berkenalan, salam perkenalan~